8 ETIKA MUDAH FAHAM BERPURDAH

No 1 : Niat Berpurdah..?

Sebab apa nak berpurdah..? Sebab sunnah..? Sebab suami suruh, jadi nak dapat keredhaan suami dan Allah? Atau sebab trend, tengok semua pakai purdah kita terikut-ikut..? Atau sebab nak perhatian? Atau sebab nak gelaran wanita solehah..?

Tepuk dada, tanya iman, tanya diri sendiri. Kalau niat kita lurus, syukur. Kalau niat salah? Lebih baik betulkan dulu, sebab bila terpesong niat, apa yang kita buat, orang akan mudah nampak, terutama yang bersih hati dia. Percaya la..

And siapa kata kalau dari awal niat dah lurus tak perlu diperbaharui dari semasa ke semasa..? Kalau boleh, tiap kali nak ikat purdah kat muka, cakap dengan diri sendiri, ini semua untuk teruskan sunnah. Semua ni demi menuntut keredhaan Allah.

Dah lepas etika 1..? Alhamdulillah. Ops! Tunggu dulu! Ada lagi etika lain.



No 2 : Purdah, Perlu ke Istiqamah..?

Sebab tu nak pakai purdah kena faham. Ada sesetengah orang pakai purdah untuk keselamatan. Jadi, kalau dia tak istiqamah pun tak salah. Misalnya kalau dia jalan-jalan dengan keluarga dia, dia yakin tak diancam, tak salah dia bukak.

Kalau istiqamah..? Lagi baik.! Dia rasa kuat jalankan sunnah, apa salahnya..? Yang pasti, Allah takkan kurangkan ganjaran untuk orang yang sentiasa berusaha kan..?

Jadi, tak perlu pertikaikan bila bukak tutup. Tapi, kenalah tahan sikit dengan persepsi masyarakat. Terutama bila pakai sekadar dalam gambar. [Maksud saya, pakai saja-saja] Kalau rasa tak mampu hadap, maka anda dah tersekat dalam etika no 2..

Kalau mampu..? Alhamdulillah! Jom teruskan!



No 3 : Bergambar Dengan Purdah, Bagaimana?

Bagi saya, sebenarnya isu gambar ni antara isu terbesar orang berpurdah. Baik, jom kita ikut etika yang sebenar bergambar dengan purdah ya.

Pertama. Digalakkan bergambar ramai-ramai.

Elakkan fokus kat seorang pemakai purdah sahaja. Dan kalau boleh, jangan difokus kat muka jugak bila bergambar. Jadi melindungi daripada jadi perhatian.

Kedua. Kalau nak bergambar sorang boleh, tapi biarlah tak fokus kat muka, setegasnya tak bertabaruj [Hias lebih-lebih] dan sekurang-kurangnya separuh badan nampak.

Dan tak perlu la buat posing comel, posing yang orang awam taknak tengok orang berpurdah buat. Faham kan? Dan tak perlu bertabaruj [lebih-lebih dalam berhias], sebab niat utama berpurdah ni untuk elakkan diri dipandang, bukannya makin gian dipandang.

Kalau rasa ada gambar-gambar berpurdah yang tak kena dengan etika, eloklah dipadam dan muhasabah diri masing-masing..

Kita dah lepas ketiga-tiga etika..?



No 4 : Pemakaian Berpurdah.

First, kita kena faham. Saya bukan cakap pakai purdah semua serba hitam kat Malaysia ni tak boleh, tapi personally saya tak galakkan. Sebab, persepsi masyarakat, penerimaan masyarakat Malaysia berbeza dengan masyarakat Arab.

“Eleh, lantak la diorang punya penerimaan. Yang penting, niat!”

Salah. Salah sangat. Sebenarnya dengan purdah kita boleh dakwah, dakwah melalui contoh kepada diri sendiri. Bila kita berpurdah dalam keadaan menyenangkan masyarakat, mesti masyarakat akan terima kita seadanya, seterusnya galakan sunnah diteruskan.

Tapi kalau kita takutkan diorang..? Pakai serba hitam, bak kata sedara saya macam ‘momok’..? Tau tak dalam diam masyarakat luahkan perasaan yang diorang takut..? Dan ada sesetengah pihak harap Malaysia haramkan purdah demi keselesaan, keselamatan diorang..?

Sikit banyak kita dah susahkan sis-sis kita yang nak ikut tegakkan sunnah. Tak ke naya namanya..?

Tak salah pun pakai purdah dengan baju berwarna. Pakai la warna yang lembut, warna yang tak menonjol, warna yang bukan berwarna-warni. Islam itu kan menyenangkan..? Masyarakat tengok pun, sejuk hati.. Tak rasa takut pun nak komunikasi dengan kita.

Dan kat sini saya nak ajak. Purdah tu, tak perlu la bermanik berhias bagai. Pakai jela biasa-biasa punya dan tak aneh-aneh sampai menarik perhatian orang. Cukuplah ada macam-macam style tudung, sekarang purdah pulak..?



No 5 : Kenapa Nak Harapkan Keselamatan Melalui Purdah Kalau Aurat Pun Tak Cukup Sempurna..??

Wahai adik-adik, wahai teman-teman yang saya sayang.. Kalau kita pakai purdah tapi tudung tak lepas bahu, siap ada bonggol , baju menonjol sangat dengan warna-warni, nampak bentuk badan, so, apa point kita sebenarnya berpurdah..? Sekadar nak tunjuk kita berpurdah kat orang awam..?

Fahami la konsep. Menutup aurat DENGAN SEMPURNA itu WAJIB. Allah SWT sendiri berfirman mengenai tutup aurat dengan sempurna akan dilindungiNya. Berpurdah itu SUNNAH. Dia macam tambahan lepas tutup aurat dengan sempurna.

Kalau tutup aurat dengan sempurna pun tak lepas, macam mana nak selamat dengan berpurdah..? Lain la kalau dah tutup aurat dengan sempurna, tapi rasa lebih selamat dengan berpurdah. Itu barulah betul.

Tolong. Betulkan niat dan fahami konsep dengan teliti. Islam itu kan halus..?



No 6 : Purdah dan Akhlak.

Yang ni ramai jugak tanya saya. Nak berpurdah, tapi takut tak kena dengan perangai. Cuba bagitau saya sikit, perangai macam mana tu..?

Kalau asyik mencarut-carut tu.. Alamak, memang perlu baiki dulu. Kalau ramah, apa salahnya..? Kenapa, semua orang berpurdah kena senyap-senyap je ke..? Kena jadi pendiam gitu..?

Cuba kita tengok si purdah luar negara. Diorang siap berani masuk televisyen, demi tegakkan kebenaran tentang pandangan buruk masyarakat Barat tentang purdah.. Diorang bersuara lantang, tegas.

Kita..? Duduk diam-diam..? Jadi bayang-bayang..?

Oh tidak. Siapa kata jadi si purdah tak boleh aktif..? Lain orang, lain personaliti. TAPI! Kita kena tau had limit kita. Kita sedar kedudukan kita, kita sedar tahap kita, kita sedar batasan kita. Cukuplah dengan segala kesedaran tu, kita buatlah macam orang normal.

Tapi selalunya bila pakai purdah ni kan, automatik kita akan sentiasa jaga adab kita. Percaya la.





No 7 : Pandai-pandai La Cari Suami.

Tau tak wujud lelaki yang bila kita kahwin, suami dia tak izinkan dia pakai purdah..? Yup! Lelaki macam ni wujud kat luar sana. So salah satu etika aneh yang mana nak istiqamah berpurdah, jangan cakap saya tak ingatkan tanya bakal suami dulu redha atau tak bila pakai purdah.

Apa pun jawapan bakal suami, semuanya terletak kat tangan kita.



No 8 : Bila Peraturan Tak Izinkan Pakai Purdah.

Saya percaya ada segelintir si purdah kat IPTA atau kerja kerajaan yang tak boleh pakai purdah dilema dengan peraturan tu.

Kalau orang tanya saya, saya jawab, ikut jela peraturan tu. Bukan bermaksud mengalah, tapi bagi saya benda macam ni kena ada tolak ansur. Asalkan dia tak kata kakitangan LANGSUNG tak boleh pakai purdah. Tu lagi naya.

Bayangkan, kalau kita tolak ansur, tak pakai purdah time kerja. Pekerja-pekerja lain pun tak boleh cakap apa. Paling kuat pun cakap,

“Eh, dia kat luar pakai purdah tau.”

Tapi ayat tu normal la.

Bayangkan, kalau kita tetap degil nak pakai. Bos bagi surat amaran, pekerja-pekerja pun ngomel,

“Dia ni tak faham bahasa ke..? Purdah tu bukan wajib pun, sibuk nak pakai.”

Kemudian si purdah dilabel ‘Si Degil’. And kalau ramai si purdah buat macam ni, maybe pihak atasan akan mula tapis untuk ambik si purdah sebagai pekerja. Tak ke naya semua orang..? Dan bagi saya kalau nak pakai jugak, buatlah surat pengecualian. Guna jalan baik. Jangan memberontak, ikut kepala kita sendiri.

Contoh lain waktu security check kat airport. Kita perlu tolerate dengan sistem keselamatan. Alasan ini dah cukup munasabah. Cadangannya, cuba mintak untuk disediakan security guard perempuan.

Saya rasa, ni jela yang saya nak kupas harini. Mudah-mudahan bermanfaat, mudah-mudahan si purdah dan bakal si purdah faham betul-betul tentang etika purdah ni.

Tolong kaji dan fahami sepenuh hati tentang purdah. Lepas tu nak pakai, pakai la. Biar kita pakai dengan ilmu penuh kat dada. Bila orang tanya nanti, takde la tersedak, terkilan. Jangan jadi nila setitik yang merosakkan susu sebelanga.

Kerana seorang si purdah yang cacat cela berpurdah tanpa ilmu, masyarakat hukum semua si purdah yang ada depan mata.

Pegang erat-erat pernyataan ni.


“Bidadari dunia tidak memandang dan tidak dipandang.”

Apa Yang Selalu Kita Buat Tapi Tak Sepatutnya Kita Buat ?


Renungan bersama...

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

* jangan lupa kunjungi kedai kami secara online di Kedai InDaHnYa berPurdah , anda membeli sambil dapat pahala :)

Kedai InDaHnYa berPurdah? Kenapa Ditubuhkan?





Bismillah . Alhamdulillah , Sehingga hari ini 20 / 12 / 2013 ,  sudah 19 hari selepas penubuhan Kedai Indahnya Berpurdah semenjak ditubuhkan secara rasminya pada 26 November 2013 yang lepas .

Mesti ada yang tertanya tanya di mana letaknya kedai ni , kan ? Untuk pengetahuan semua , kedai ini beroperasi hanya secara online sahaja setakat ini . InsyaAllah jika diizinkan Allah , kami akan cuba membuka sebuah Kedai InDaHnYa berPurdah secara fizikal pada tahun hadapan . Doakan kami agar terus maju .

Mungkin ada yang bertanya , apa tujuan utama kami menubuhkan kedai ini ? Antara Objektif utama penubuhan kedai ini ialah :
a ) Menyalurkan 80% keuntungan Kedai InDaHnYa berPurdah untuk program program usrah & dakwah yang bakal digerakkan secara langsung di seluruh Malaysia pada tahun hadapan ( 2014 ) .
b ) Menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan

Jadi secara tidak langsung , jika anda merupakan salah seorang pelanggan KIB , maka anda adalah antara pembeli yang bertuah kerana setiap pembelian anda , Allah SWT akan kurniakan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda kerana anda telah membeli barangan sambil beramal dan hasil pembelian anda digunakan untuk saluran dakwah di jalan Allah SWT .

InsyaAllah , pelbagai jenis pakaian yang kami jual dengan harga yang amat berpatutan dan kualiti yang amat tinggi . Jadi kepada yang ingin membeli sambil beramal bolehlah kunjungi kedai kami secara online di :

Facebook : Kedai InDaHnYa berPurdah @ https://www.facebook.com/kedaiIB


Sekian terima kasih . Moga Allah rahmati kita semua . amiiin .


Penubuhan Blog InDaHnYa berPurdah

Dengan lafaz Bismillah ,

Page InDaHnYa berPurdah melangkah setapak lagi dengan menubuhkan blog InDaHnYa berPurdah demi memenuhi tuntutan dakwah kepada seluruh masyarakat Malaysia .

Moga bermanfaat .


Yang benar ,

Ustaz Mustaqim ,

Pengerusi InDaHnYa berPurdah .