IFTAR UIB PERAK

Bismillah. 

Alhamdulillah . Alhamdulillah. Alhamdulillah. 

Selesai sudah Majlis berbuka Puasa Usrah InDaHnYa berPurdah ( UIB ) Perak bersama Rumah Kebajikan Anak Yatim Darussalam , Kampung Melayu, Ipoh, Perak. Jutaan Terima kasih diucapkan pihak Rumah Anak Yatim Darussalam kerana sudi menerima kami pihak InDaHnYa berPurdah mengisi salah satu slot program di sini dan sudi menerima kunjungan kami InDaHnYa berPurdah dengan sebaik2 layanan. Alhamdulillah ,program semalam berjalan dengan penuh lancar dgn kerjasama dan kehadiran ahli2 UIB Perak dari jauh dan dekat dan alhamdulillah program semalam telah pun mencapai objektif .

Antara objektif program Majlis berbuka Puasa Usrah InDaHnYa berPurdah ( UIB ) Perak bersama Rumah Anak Yatim ialah Darussalam ialah : 

  1. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga Rumah Anak Yatim Darussalam bersama warga UIB Perak 
  2. Mendedahkan keindahan menutup aurat , menerap pemahaman berkaitan purdah/niqab dan juga menyemai akan rasa keindahan Islam dalam diri anak2 sini 
  3. Menguatkan silaturrahim antara ahli2 UIB Perak sendiri , kerana dgn ukhwah yg kuat krn Allah , maka insyaAllah program akan datang diteruskan dan dapat berjalan dgn lancar dgn izin Allah Program semalam bermula dgn penyembelihan seekor kambing putih oleh Cikgu Musa untuk jamuan berbuka puasa ini.

Kemudian dalam jam 4 petang Pembukaan Majlis berbuka Puasa Usrah InDaHnYa berPurdah ( UIB ) Perak bersama Rumah Anak Yatim Darussalam yg dirasmikan oleh Ustaz Norizan Razali atau dikenali sebagai ' Abi ' . Program dilanjutkan dgn penggambaran Warga Rumah Darussalam bersama UIB Perak. Diikuti kemudiannya dgn Usrah santai dan Ramah mesra UIB Perak bersama warga Rumah Anak Yatim Darussalam. Kemudiannya ,pada jam 6.30 petang , majlis bacaan Yasin dan Tahlil arwah dimulakan yg dikendalikan oleh Pengerusi InDaHnYa berPurdah . Setelah selesai bacaan tahlil , berlangsungnya majlis penutup yg dirasmikan juga oleh Abi Norizan Razali. 

Dalam pada itu , sumbangan duit raya beserta sumbangan pakaian2 raya hasil kutipan dan sumbangan ahli2 UIB Perak turut disampaikan kepada Abi Norizan sebagai wakil Rumah Anak2 Yatim Darussalam. Kemudian , setelah liQa' bersalaman , kami bersiap untuk berbuka puasa . Turut berbuka puasa bersama kami ialah Persatuan Perodua Kancil . Hadirnya mereka menarik perhatian anak2 di sini dgn kereta berwarna warni. 

Alhamdulillah , setelah menikmati jamuan berbuka puasa , selesai lah sudah Majlis Berbuka Puasa dan Ramah Mesra Warga Rumah Anak2 Yatim Darussalam bersama UIB Perak. Ribuan sekali lagi diucapkan kepada Warga Rumah Kebajikan Anak Yatim Darussalam kerana sudi menerima kami untuk mengadakan program sini. 

Ucapan terima kasih juga kepada semua Ahli beserta keluarga UIB Perak yg sudi meluangkan masa menyertai program UIB Perak pada kali ini. Juga ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yg terlibat dalam memberi sumbangan dari segi kewangan , pakaian , kambing dan sebagainya. Moga Allah Swt murahkan lagi rezeki tuan puan . Hanya Allah mampu membalasnya . Juga ucapan terima kasih juga untuk semua pihak yg berusaha dan bertungkus lumus menjayakan program ini. Moga ukhwah dan silaturahim dan ukhwah antara Warga Rumah Kebajikan Anak Yatim Darussalam dan Warga InDaHnYa berPurdah terutamanya UIB Perak berkekalan selamanya. Dan semoga Allah SWT menerima pengorbanan utk agama ini . 

Sekian terima kasih. 

Yang Benar , 

Mohammad Mustaqim Bin Razali
(Pengerusi InDaHnYa berPurdah)