IFTAR UIB PERAK

Bismillah. 

Alhamdulillah . Alhamdulillah. Alhamdulillah. 

Selesai sudah Majlis berbuka Puasa Usrah InDaHnYa berPurdah ( UIB ) Perak bersama Rumah Kebajikan Anak Yatim Darussalam , Kampung Melayu, Ipoh, Perak. Jutaan Terima kasih diucapkan pihak Rumah Anak Yatim Darussalam kerana sudi menerima kami pihak InDaHnYa berPurdah mengisi salah satu slot program di sini dan sudi menerima kunjungan kami InDaHnYa berPurdah dengan sebaik2 layanan. Alhamdulillah ,program semalam berjalan dengan penuh lancar dgn kerjasama dan kehadiran ahli2 UIB Perak dari jauh dan dekat dan alhamdulillah program semalam telah pun mencapai objektif .

Antara objektif program Majlis berbuka Puasa Usrah InDaHnYa berPurdah ( UIB ) Perak bersama Rumah Anak Yatim ialah Darussalam ialah : 

  1. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga Rumah Anak Yatim Darussalam bersama warga UIB Perak 
  2. Mendedahkan keindahan menutup aurat , menerap pemahaman berkaitan purdah/niqab dan juga menyemai akan rasa keindahan Islam dalam diri anak2 sini 
  3. Menguatkan silaturrahim antara ahli2 UIB Perak sendiri , kerana dgn ukhwah yg kuat krn Allah , maka insyaAllah program akan datang diteruskan dan dapat berjalan dgn lancar dgn izin Allah Program semalam bermula dgn penyembelihan seekor kambing putih oleh Cikgu Musa untuk jamuan berbuka puasa ini.

Kemudian dalam jam 4 petang Pembukaan Majlis berbuka Puasa Usrah InDaHnYa berPurdah ( UIB ) Perak bersama Rumah Anak Yatim Darussalam yg dirasmikan oleh Ustaz Norizan Razali atau dikenali sebagai ' Abi ' . Program dilanjutkan dgn penggambaran Warga Rumah Darussalam bersama UIB Perak. Diikuti kemudiannya dgn Usrah santai dan Ramah mesra UIB Perak bersama warga Rumah Anak Yatim Darussalam. Kemudiannya ,pada jam 6.30 petang , majlis bacaan Yasin dan Tahlil arwah dimulakan yg dikendalikan oleh Pengerusi InDaHnYa berPurdah . Setelah selesai bacaan tahlil , berlangsungnya majlis penutup yg dirasmikan juga oleh Abi Norizan Razali. 

Dalam pada itu , sumbangan duit raya beserta sumbangan pakaian2 raya hasil kutipan dan sumbangan ahli2 UIB Perak turut disampaikan kepada Abi Norizan sebagai wakil Rumah Anak2 Yatim Darussalam. Kemudian , setelah liQa' bersalaman , kami bersiap untuk berbuka puasa . Turut berbuka puasa bersama kami ialah Persatuan Perodua Kancil . Hadirnya mereka menarik perhatian anak2 di sini dgn kereta berwarna warni. 

Alhamdulillah , setelah menikmati jamuan berbuka puasa , selesai lah sudah Majlis Berbuka Puasa dan Ramah Mesra Warga Rumah Anak2 Yatim Darussalam bersama UIB Perak. Ribuan sekali lagi diucapkan kepada Warga Rumah Kebajikan Anak Yatim Darussalam kerana sudi menerima kami untuk mengadakan program sini. 

Ucapan terima kasih juga kepada semua Ahli beserta keluarga UIB Perak yg sudi meluangkan masa menyertai program UIB Perak pada kali ini. Juga ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yg terlibat dalam memberi sumbangan dari segi kewangan , pakaian , kambing dan sebagainya. Moga Allah Swt murahkan lagi rezeki tuan puan . Hanya Allah mampu membalasnya . Juga ucapan terima kasih juga untuk semua pihak yg berusaha dan bertungkus lumus menjayakan program ini. Moga ukhwah dan silaturahim dan ukhwah antara Warga Rumah Kebajikan Anak Yatim Darussalam dan Warga InDaHnYa berPurdah terutamanya UIB Perak berkekalan selamanya. Dan semoga Allah SWT menerima pengorbanan utk agama ini . 

Sekian terima kasih. 

Yang Benar , 

Mohammad Mustaqim Bin Razali
(Pengerusi InDaHnYa berPurdah)











Bagaimana mahu Mencari Jodoh ?

UNTUK ADAM - andai mahu mencari hawa :
   
1. JANGAN - dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tangannya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik.. fikirlah semasaknya utk menyuntingnya.. sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..
   
 2. JANGAN - dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur
 bibirnya..andai kata-katanya berbisa, dan mudah bermanja2 dgn lelaki yg bukan mahram, atau kuat suaranya.. fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..
   
3. JANGAN - dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunduk pandangan.. fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

DAN UNTUK HAWA - andai mahu menerima cinta adam :
 
  1. JANGAN - dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma.. fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..
   
2. JANGAN - dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola.. fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..
 
3. JANGAN - dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah.. fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir apabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.

 Wallahua'lam..

Purdah : Ajaran Islam atau Adat Masyarakat Arab Semata-mata ?




Niqab/ purdah adalah budaya Islam .

 Diantara bukti2 lain bahwa niqab/ purdah adalah budaya Islam :

1. Sebelum turun ayat yang memerintahkan berhijab atau berjilbab, budaya masyarakat arab Jahiliyah adalah menampakkan aurat, bersolek jika keluar rumah, berpakaian seronok atau disebut dengan tabarruj. Oleh karena itu Allah Ta’ala berfirman:

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَىٰ

“Hendaknya kalian (wanita muslimah), berada di rumah-rumah kalian dan janganlah kalian ber-tabarruj sebagaimana yang dilakukan wanita jahiliyah terdahulu” (QS. Al Ahzab: 33)


Sedangkan, yang disebut dengan jahiliyah adalah masa ketika Rasulullah SAW belum di utus sbg nabi.

Ketika Islam datang, Islam mengubah budaya buruk ini dengan memerintahkan para wanita untuk berhijab. Ini membuktikan bahwa hijab atau jilbab adalah budaya yang berasal dari Islam.


2. Ketika turun ayat hijab, para wanita muslimah yang beriman kepada Rasulullah SAW seketika itu mereka mencari kain apa saja yang blh menutupi aurat mereka. ‘Aisyah Radhiallahu’anha berkata:

مَّا نَزَلَتْ هَذِهِ الْآيَةُ ( وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ ) أَخَذْنَ أُزْرَهُنَّ فَشَقَّقْنَهَا مِنْ قِبَلِ الْحَوَاشِي فَاخْتَمَرْنَ بِهَا

“(Wanita-wanita Muhajirin), ketika turun ayat ini:

" Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada (dan leher) mereka.”

(Surah  Al Ahzab An Nuur: 31), mereka merobek selimut mereka lalu mereka berkerudung dengannya.”
(HR. Bukhari 4759)

Ini menunjukkan bahwa wanita2 muhajirin sebelumnya mereka tidak berpakaian yg menutupi aurat2  mereka sehingga mereka menggunakan kain yang ada untuk mentaati ayat tersebut.

Akhir kata para ulama sejak dahulu telah membahas hukum memakai niqab  bagi wanita. Sebahagian mewajibkan, dan sebagian lagi berpendapat hukumnya sunnah.

Namun TIDAK  ADA diantara mereka yang mengatakan bahwa pembahasan ini hanya berlaku bagi wanita muslimah arab atau timur-tengah saja.

Dari itu jangan lah kita sbg umat Islam memandang serong atau melihat org yg berpurdah/ berniqab itu aneh

Malahan ia  tidak benar bahwa memakai niqab / purdah itu aneh, ekstrim, berlebihan dalam beragama, atau ikut-ikutan budaya negeri arab.


Dari tulisan di atas jelaslah bahwa memakai niqab  (dan purdah)  BUKANLAH   budaya timur-tengah, namun budaya Islam dan ajaran Islam yang sudah diajarkan oleh para ulama Islam sebagai pewaris para Nabi yg memberikan pengajaran kepada seluruh umat Islam, bkn kpd masyarakat timur-tengah saja.

Semoga stigma yg attached to semua yg berpurdah dan berniqab akan luput dgn penjelasan ini...sekali lagi saya tekankan bukan maksud saya menyuruh para muslimah ini berpurdah/berniqab tapi fahami apa disebalik pemakaian ini.

Namun selepas ini jika ada yg ingin take one step forward silakan. Alhamdulillah dan mabruk saya ucapkan.

Pada siapa yg ada bantahan family,semoga Allah permudahkan urusan kita. Jika susah juga maka carilah suami yg memahami pemakaian niqab ini. Insya Allah kita dpat memakainya.

Oleh : Aisyah Bt Abu Bakar

Tawadhuk vs Sombong

Tawadhuk vs Sombong?

Ana akan hurai bab ni berdasarkan contoh-contoh yang real,yang sering berlaku di kalangan kita.Ada orang yang salah faham erti tawadhuk,dan ada juga yang salah faham apa itu sombong.Di sebabkan tu,orang tawadhuk di anggap sombong,orang sombong di anggap tawadhuk.Pergh,serius comel…

Ana juga akan beri contoh-contoh dengan contoh-contoh yang agak selalu terjadi di kalangan orang yang ikut tarbiah,ketika berhadapan dengan orang biasa.Atau orang biasa ketika berhadapan dengan orang yang ikut tarbiah.Kerana salah faham ni berlaku bila kedua-dua “Watak” ini bertemu.So,dengan harapan situasi-situasi begini(yang akan ana cerita lepas ni) tidak berulang lagi,dan berkurang,maka entri ini di tulis.

Macam biasa,kita santai. Just nak bagi nampak tersusun,macam entri sebelum ni,ana akan bahagikan kepada beberapa bahagian,atau tajuk besar,supaya point yang ana nak sampaikan JELAS, insyallah:

1)Tawadhuk vs Sombong 2)Situasi dan solusi 3)Antara yang menegur dan yang di tegur 4)Hati

TAWADHUK VS SOMBONG

Secara mudah,tawadhuk maksudnya rendah diri.Sombong maksudnya bangga diri.Kalau nak check sama ada kita ni tawadhuk atau sombong,mudah je.Kalau kita rasa kita lagi baik dari orang lain,maknanya kita sombong.Kalau kita rasa orang lain lagi baik dari kita,maknanya kita tawadhuk.

Tapi,bukanlah itu yang ana nak cakap.Ana nak korang pandang “tawadhuk vs sombong” ni dalam suasana tarbawi,yang sering berlaku.Ok,jom kita masuk kepada situasi-situasi yang sering berlaku.

SITUASI DAN SOLUSI

Situasi yang ana nak cerita kat sini biasa terjadi kepada seseorang yang ingin menegur kawannya ketika ternampak kawannya buat sesuatu yang layak di tegur.Tapi,masalahnya,bila kita tegur kawan kita tu,kebanyakannya akan menganggap kita sombong.Hanya kerana kita TEGUR dia.

Biasanya,bia kita tegur kawan kita,dan andai mereka tak dapat terima teguran,ada yang cakap macam ni:

“Alamak..ada orang cakap tak serupa bikin.Nak tegur orang,tengok diri dulu.Ingat kau baik sangat?nak tegur-tegur orang…”

“Jangan tahu nilai orang lain je,diri sendiri tu cuba la nilai….”

“Sombong gila.Cakap tu macam anta sorang je baik…”

Dan macam-macam lagi.Soalan ana:"Adakah orang yang menegur orang lain tu menandakan orang yang menegur itu sombong?Dan adakah kalau kita tak menegur orang lain,bererti kita tawadhuk?”

Inilah yang menjadi masalah.Ramai orang sekarang,sanggup tidak menegur kawan-kawannya yang lain hanya kerana mereka rasa,itulah tawadhuk.Mereka rasa,kalau tegur orang lain tu bermakna sombong.Jujur ana cakap,pemikiran macam tu sangatlah “comel”.

Habis tu,nabi,sahabat,tabi’in,dan semua pendakwah adalah sombong,hanya kerana mereka buat dakwah dan menegur kesalahan umat?Dan adakah ahli zuhud,yang beribadah dan tak buat dakwah di kira tawadhuk,kerana mereka tidak menegur orang lain dan hanya memikirkan diri mereka sahaja?

Wow.Di sebabkan salah faham ini,ramai di kalangan kita tak nak buat dakwah,tak mahu menegur orang yang buat silap.Suka ana fahamkan,TAWADHUK tak menghalang kita untuk menegur orang.Tetapi,tawadhuklah yang mendorong kita untuk menegur orang!

Ana ulang: “TAWADHUK tak menghalang kita untuk menegur orang.Tetapi,tawadhuklah yang mendorong kita untuk menegur orang..”

Kalau betul kita tawadhuk,bila kita Nampak kawan kita buat salah,kita kena tegur.Takkanlah kita nak biarkan kawan kita terus lalai dengan movie,game dan lain-lain? Takkan kita nak biar kawan-kawan kita terus terperangkap dengan ikhtilat dan lain-lain? Kalau betul kita sayang dan inginkan kebaikan untuk kawan kita,dan inginkan yang terbaik untuk kawan kita,maka mengapa kita rasa cuak dan segan silu nak menegur kawan kita?

Hakikatnya,orang yang tak buat dakwahlah orang yang sombong! Hanya baik sorang-sorang,nikmati nikmat iman sorang-sorang,beribadah sorang-sorang,tinggalkan maksiat sorang-sorang.Kedekut dan sombong! Di sudut yang lain pula,hakikatnya,orang yang tak dapat menerima teguranlah orang yang sombong.Hakikatnya,orang yang mengatakan orang lain sombonglah orang yang sombong! Bila di tegur,dalam keadaan mereka salah,mereka tak mengaku salah akibat sombong dan ego,lantas mencipta pelbagai alasan untuk membenarkan kesalahan mereka.Apakah ini?

Perkara macam ni selalu terjadi.Pernah juga terjadi pada diri ana.Apabila ana tegur certain orang,ana di cop sebagai “poyo”,sombong,bajet baik,suka cari keburukan orang,ego dan lain-lain.Kadang-kadang rasa serba salah,nak tegur ke tak nak.Kalau nak mengalah,nanti orang tu still buat salah.Kalau kita nak menang,kita di anggap ego.Last-last,tak tahu nak buat macamana.

Dan tak nafikan, kadnag-kadang bila ada orang tegur ana bila ana buat salah, ana pun selalu tak nak kalah dan ego, dan tak mengaku salah.Ye lah, manusia.Moga Allah bebaskan kita dari sifat ini.Amin!

Huh.

ANTARA YANG MENEGUR DAN YANG DI TEGUR

Kadang-kadang,bila situasi di atas terjadi,biasanya akan terjadi “gap” antara si penegur dan yang di tegur.Kerana masing-masing rasa diri betul,masing-masing tak nak kalah.Maka,suka ana untuk jelaskan beberapa perkara.

Certain benda,bila situasi di atas berlaku,sometime salah si penegur,dan sometime salah orang yang di tegur.Kedua-dua watak ni perlu terima hakikat.Cuma,kadang-kadang,kedua-dua watak ni selalu menggunakan ayat quran ataupun kata-kata yang tak layak untuk mereka gunakan.

Contohnya:

**** 1)Dalam quran ada ayat:”Janganlah kamu meminta-minta…”

Ayat ni di turunkan untuk orang miskin.Dan ayat ni tak boleh di gunakan oleh orang kaya untuk mempertahankan ketamakan mereka.contohnya,bila ada orang miskin mintak sedekah kat orang kaya,tiba-tiba orang kaya tu jawab:

”Kan Allah kata,jangan meminta-minta.kenapa kamu still meminta-minta sedeqah kat orang?!”

Sungguh licik orang kaya tu.Gunakan ayat quran untuk tujuan peribadi.Sepatutnya,ayat tu perlu di hayati oleh orang miskin tu,dan di gunakan ayat tu untuk mentaujih dirinya yang suka meminta-minta.Ayat tu bukan untuk orang kaya menempelak orang miskin yang suka meminta-minta.

Masalahnya,bila si miskin tak amalkan ayat tu,dan si kaya menggunakan ayat tu bukan pada tempatnya,maka kucar-kacir berlaku..

2)Dalam quran juga ada ayat quran yang menyebut:”Berilah kamu kepada orang yang meminta dan orang yang tak meminta-minta…”

Ayat ni adalah untuk kegunaan orang kaya.Tetapi,ada orang miskin gunakan ayat ni untuk kepentingan peribadinya.Contohnya,bila orang miskin minta sedekah,dan orang kaya taknak bagi,lantas orang miskin tu cakap:

”Kenapa kau tak bagi aku duit?Kan Allah kata,berilah kamu kepada yang meminta dan yang tak meminta-minta…”

Sungguh comel orang miskin tu.Gunakan ayat untuk tujuan peribadi.Sepatutnya ayat tu perlu di hayati oleh orang kaya untuk mentaujih dirinya yang kedekut itu.Ayat tu bukan untuk orang miskin menempelak si kaya yang tak bagi sedeqah padanya…

Cuba bayangkan,andai orang miskin mengamalkan ayat:”Janganlah kamu meminta-minta”,dan orang kaya pula mengamalkan ayat:”Berilah kamu kepada yang meminta dan yang tak meminta-minta..”.Akan berlaku keharmonian,yang mana orang miskin,walaupun tak meminta,orang kaya tetap memberi mereka duit,akan berlaku tolong menolong dan sebagainya…

**** Apa yang ana nak kaitkan melalui contoh di atas ialah,bila berlakunya adegan “Si penegur menegur si penerima teguran”,maka masing-masing perlu merenung beberapa ayat yang Allah tujukan kepada mereka.Dan jangan menggunakan ayat yang salah untuk menempelak orang lain.

Contohnya:

****

1)Allah ada sebut:”serulah kamu ke jalan Allah dengan HIKMAH dan peringatan yang baik..”

Ayat ni Allah turunkan untuk si penegur.Supaya si penegur berhati-hati dalam menegur.Tetapi,biasanya orang yang di tegur menggunakan ayat ini untuk kepentingan peribadinya.Contohnya,apabila dia di tegur,dia akan jawab:

”Kau tegur hikmahla sikit.Tak reti tegur baik-baik ke ha??!”

Allah juga ada sebut:”Celakah,mereka yang bercakap tapi tak buat..”

Ayat ni pun khas untuk si penegur.Tapi,orang yang menerima teguran guna ayat ni untuk kepentingan diri.Contohnya,apabila dia di tegur,dia balas:

”Kau kalau nak tegur aku,tengok diri kau dulu beb.Cakap tak serupa bikin,tapi nak tegur orang.Balik la brader….!”

Huh.

2)Ada ayat quran,Allah sebut:”Allah tak suka orang-orang yang sombong..”

Ayat ni bukan untuk menempelak orang lain.Contohnya,bila ada orang tak terima teguran kita,kita tak boleh balas:

”Sombongla kau ni!Aku dah tegur,tapi tak nak terima teguran…Allah tak suka orang sombong bro…”

Sepatutnya,ayat ni di hayati oleh orang yang di tegur.Supaya bila ada orang tegur dia dan jeals dia salah,maka dia perlu terima teguran dan tak sombong.

****

Tapi hari ni,bila ada orang tegur kita,kita jawab:”Tegur hikmah sikit la!Cakap serupa bikinla!”.Dan bila orang tak terima teguran kita,kita cakap:”Sombong la kau ni.Terima jela kesalahan…”

Cuba bayangkan,andai kedua-dua,si penegur dan yang di tegur menggunakan ayat-ayat quran tu sesuai dengan keadaan dirinya, dan merendahkan ego masing-masing.Insyallah harmoni.Yang menegur akan menegur dengan hikmah,dan yang di tegur akan menerima teguran.

HATI

Akhirnya,sombong dan tawadhuk ni adalah dari HATI.Kita tak mampu tahu hati dan niat seseorang.Jangan mudah melabel orang lain “sombong”.Tetapi,sama-sama check diri masing-masing,sejauh mana kita merendah diri,dan tak memandang rendah orang lain.

Ana ulangi kata-kata ana: “TAWADHUK tak menghalang kita untuk menegur orang.Tetapi,tawadhuklah yang mendorong kita untuk menegur orang”.

11 Ramadhan 1435H , 9 Julai 2014 Perkembangan Terkini Gaza



-Israel telah mengistihar perang ke 3 ke atas GAZA dan menamakan ia sbg 'Operasi Batu Konkrit '
- Israel telah mengepung sempadan GAZA melalui darat dan udara. Mereka melancarkan serang bertali arus ke arah keluarga pejuang Hamas.

- Roket-roket Al Qassam tidak akan membiarkan lagi darah rakyat Palestin walau di mana mereka berada ditumpahkan oleh pengganas Yahudi dengan mudah. Roket Al Qassam kali ini juga sebagai tanda menuntut bela atas pembunuhan kanak-kanak Palestin di Tebing Barat, Hussin Abu Khdeir.

-Abraham, stesyen radio ketenteraan Yahudi melaporkan 65 roket Al Qassam telah jatuh di Israel dalam tempoh kira-kira 30 minit terakhir tadi sahaja.

-Iron Dome Israel hanya dapat menghalang kira-kira 25% shj roket hamas . Bakinya berjaya menembusi Israel.

-Gambar yang berjaya dirakam menunjukkan roket Al Qassam dilepaskan ke arah 'bumi yang dijajah'.
#doauntukgaza #pray4gaza

-Kerosakan yang melanda sebuah gudang menyimpan bahan bakar Israel di Negev akibat serangan roket Al Qassam.
#doauntukgaza #pray4gaza

- pemuda2 seluruh Palestin telah bangkit melawan, walaupun hanya bersenjatakan mercun dan batu-bata.

-Al Qassam berjaya menghentikan/ memusnahkan salah satu sistem anti roket Iron Dome israel.

Sumber : Aman Palestin HQ

#prayforGAZA. #GazaUnderAttack

 Tolong sebarkan dan doalah utk Gaza. Kalau mampu lagi boleh banyak kan sumbangan pada Palestin. Situasi mereka sgt teruk sekarang ni.
: اللهم انصر دعواتنا وأنشر فكرتنا
وبارك اخواتنا وألف بين قلوبنا
وارفع رأيتنا وحقق غايتنا
ووفق مرشدنا ومراقبنا وقادتنا
وأجمع في الجنة اخواتنا واخواننا علي سررمتقابلين

Berikan masa anda 1minit untuk aminkan doa untuk mesir, syria, palestin, iraq, afganistan dan negara2 Islam..

 Ya Allah! Ya Qahhar ! Ya Jabbar ! Ya Muntaqim ! Ya Dzal Jalali wal ikram! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! bantulah saudara-saudara kami Di Gaza dan Ikhwanul Muslimin di Mesir dan di semua tempat.

 Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau membantu musuh melawan mereka.

 Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau menolong musuh melawan mereka.

 Ya Allah! berilah mereka kepakaran membuat senjata untuk menghadapi musuh-musuhMu.

 Ya Allah! tepatkanlah tembakan  Senjata mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq-Mu pada setiap langkah mereka.

 Ya Allah! satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka.

 Ya Allah! jadikanlah jihad mereka di jalan-Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami.

 Ya Allah! tolonglah kaum muslimin yang terzhalimi di Mesir , Pelastine, Syria dan semua tempat.

 Ya Allah! tolonglah Ikwanul Muslimin dan perbaikilah hubungan mereka.

 Ya Allah! binasakanlah Para Munafiqin Yang Bersongkol dengan Zionis Israel+ Syiah dan Mustakbirin Amerika goncangkanlah dan hancurkan mereka.

 Ya Allah! cerai beraikan barisan mereka dan luluh lantakkan kalimat mereka.

 Ya Allah! janganlah Engkau memberikan kedudukan yang baik bagi mereka di muka bumi ini.

 Ya Allah! lemparkanlah rasa takut dalam hati-hati mereka.

 Ya Allah! hitunglah jumlah mereka, bunuhlah mereka dan jangan sisakan seorang pun dari mereka Ya Allah!

 Kasihanilah saudara-saudara kami Ya Allah! Perkenankanlah Permintaan Kami, Aamiin Aamiin Aamiin Allahumma Aamiin..

 >>>sila SHARE, agar lebih ramai turut sama mendoakan....

Kisah 50 sen yang Menyentuh Hati


Cikgu : Kenapa Adam tak rehat?        
Adam: Mak saya beri 50sen sehari  Cikgu ... kat kantin 50sen ni dpt beli nugget je sekeping, segan la cikgu beratur panjang2 dpt beli nugget sekeping jaa .
Jadi saya kumpul duit hari ni utk mkn hari esok , dpt la saya mkn nugget ngan air sirap 50sen.
Saya kat kantin hari Selasa & Khamis je cikgu (Adam tertunduk malu)
Perasaan says mula bercampur baur, sedih & sebak. Di zaman 2014 ini masih juga ada pelajar yg membawa 50sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50sen itu jumlah yg kecil sedangkan bagi pelajar ini 50sen sgt besar ertinya ..        
Cikgu : Kalau hari jumaat awk x pergi kantin la ya ?          Adam : Oh .. hari jumaat duit 50sen ni sy sdekah ms bacaan yasiin , cikgu." jwb Adam dgn bersahaja.
"Mak sy kata kalau kita sdekah, rezeki kita akan bertambah.."
Mata sy dh berkaca... sy tkejut & btambah sebak, dh la duit ada 50sen, siap boleh sedekah pulak lg..
Ya Allah, limpah kan laa rezeki bagi keluarga pelajarku ini. Luaskan la pintu rezeki mereka semuga mereka tidak lagi berada didlm kemiskinan.
Huh, mcm terpukul sungguh saya, bayangkn duit 50sen yg d beri utk makan, dia sedekahkan 50sen utk tabung sekolah setiap Jumaat semasa bacaan yasiin..
#SHARE lah eh. .mungkin cerita nie nampak simple tapi ia memberi 1000 pengajaran agar kita semua lebihkan bersedekah ....        

# subahanallah .. Tengok betapa mulianya hati seorang pelajar ni ... mulia dan bijak berbelanja lak tu ......
Terharu dan merasa bangga jugak sbb masih kecil lagi tapi mempunyai hati dan minda yg sungguh matang ............

Bantuan Syria Bulan Ramadhan

Assalamualaikum wbt.

Bantuan Berbuka Puasa Pelarian Syria ~

Bismillah. Jom kita sama2 membantu pelarian Syria.

Kutipan derma ini berlangsung bermula hari ini sehingga 14 july 2014.

 Marilah kita sama2 membantu pelarian syria dgn menderma seikhlasnya.

Dan kita boleh bertanya dengan ahli keluarga kita sendiri jika mereka ingin turut sama menderma. Kita mengajak keluarga beramal bersama ya.

Kepada yg ingin membantu menjayakan ' Derma Ramadhan untuk Syria ' boleh transfer wang derma kepada bank acct tertera di bawah:

1) Singapore
126-91652-3 Posb Savings
(Bendahari S'pore: Norlela)

Atau

2) Malaysia
Cimb acct no 7008180248
(Bendahari M'sia: Nordalelah Binti Ahmad)

** Sebaris ayat yg untuk kita renungi :

نجوع ونعلم متى سنأكل, فتذكروا من يجوع ولا يعلم متى يحين طعامه.

Maksudnya....

Kita lapar, dan kita tahu bila  saatnya kita akan makan.

Maka ingatlah, di sana ada orang yang lapar dalam keadaan dia tidak tahu entah bila makanannya akan tiba. **

Setelah anda menderma , sila maklumkan kepada kami dengan whastapp atau mesej

Malaysia :
Aleq Dalela: +60 197143734

Singapore :
Lela:+65 97777064
Rumi:+65 96878295

Semoga derma kita diterima oleh Allah SWT

Gejala Murtad , Salah Siapa ?

Suatu kisah yang menjadi peluang keemasan buat kisah.Apa jawapan kita dihadapan Allah nnti?.

Menjejaki masjid yg sudah 18tahun dibiarkan usang di Kg Langkabong, Tongod, Sandakan.

Setelah mendapat laporan dr Imam Daerah Tongod, Imam Daim yg kami temui minggu lepas selepas solah jumaat di Masjid Kg Entilibon tentang keadaan satu kampung yg 100% penduduknya telah dimurtadkan,

kelmarin(6hb Julai 2014) saya bersama amir jemaah (Maulana Jamal) dgn menaiki kenderaan 4WD Hilux peniaga Pakistan (Poushto) telah nekad utk menziarahi Kg Langkabong. Kampung tersebut terletak kira2 setengah jam perjalanan dari masjid daerah Tongod.

Bila kami sampai ke kawasan berdekatan lokasi masjid tersebut kami terpaksa meredah semak samun dgn dipandu arah (guide) oleh peniaga Pakistan dan tak terlintas di dlm hutan tersebut ada tinggalan masjid.Setelah meredah semak sejauh kira2 70m dari  jalan ternampak samar2 bangunan usang di sebalik semak samun.

Kami rasa terkedu melihat keadaan masjid tersebut dan naik ke dlm dgn terpaksa meredah serpihan bumbung yg runtuh dan kotoran yg bertimbun di dalam masjid tersebut.Kami bergotong royong membersihkan kotoran di dlm masjid itu.Jemaah kami, Badrul munir melaungkan azan dengan sayu kemudian kami solah sunnat 2 rakaat di rumah Allah yg telah hampir 20 tahun kesepian.Selepas kami bersihkan masjid tersebut sekadar yg termampu, kami beredar dgn perasaan sedih.

Setelah beredar dr masjid kami diberitahu oleh peniaga Pakistan itu yg ada 2 keluarga yg masih beragama Islam.Kami buat keputusan utk menziarahi mereka.

Pakcik Awang yg berketurunan Bajau dan mmg asal dilahirkan Muslim.Isterinya anak tempatan, keturunan Sungai yg memeluk agama islam.Bapa dan adik beradik isterinya semuanya sudah murtad.Beliau menceritakan sejarah pengislaman dan kemurtadan beramai- ramai di Kg Langkabong ini.

Di sekitar tahun 1979- 82 berlaku pengislaman beramai- ramai (lebih kurang 370 orang) di Kg Langkabong  dr usaha Parti Berjaya yg dipimpin Tan Sri Harris Salleh. Selepas pengislaman tersebut sebahagian dari mereka telah ditarbiyah dan dilatih di Pusat Dakwah di Keningau selama 3 Tahun.Mereka ini termasuklah adik ipar kepada Pakcik Awang tadi yg bernama Abdul.Balik dr kursus tersebut, Abdul telah dilantik sebagai Bilal Masjid Langkabong.

Selepas pada itu berlaku usaha gigih missionary Kristian yg bertubi di Kampung Langkabong sehingga seorang demi seorang telah murtad termasuklah Bilal masjid sendiri yg sampai sekarang masih menggunakan nama Abdul.

Masjid Langkabong akhir sekali digunakan di sekitar tahun 1996 menurut Pakcik Awang. Dakyah missionary ini paling kuat berlaku di zaman PBS di bwh pemerintahan Dato' Pairin Kitingan yg juga merupakan Setiausaha Agong Katolik Asia.Target mereka ingin mengkristiankan seluruh Sabah.

Mengikut Imam Daerah Tongod, Ustaz Daim yg kami temui di Masjid Entilibon kawasan 3T ini adalah sasaran yg terkuat missionary Kristian di seluruh Sabah.
3T......
Telupid,
Tongod
Takungan.

Gejala kemurtadan ini berlaku bukan saja di Kg Langkabong malahan di seluruh Sabahnya bahkan di seluruh dunia.
Ianya berlaku apabila umat Islam sbg pendokong agama yg haq tidak menjalankan tugas mereka yg sebenarnya sebagai Dae'i Allah sebaliknya agama bathil telah bergerak dan memainkan peranan mereka utk merosakkan akidah umat islam.

Kata Syeikh Saad Al Kandahlawi, "Gejala kemurtadan tidak akan berlaku di dlm ummat ini jika setiap ummat menjadikan diri mereka dae'i ".Beliau menceritakan kisah seorang sahabat Abdullah B. Khuzafah yg mempertahankan imannya dr murtad walaupun diberi tawaran dunia dan ugutan bunuh.Sehinggakan beliau menangis kerana hanya dikurniakan satu saja nyawa.Katanya 'Kalaulah nyawaku sebanyak bulu2 di badanku, nescaya akan ku korbankan satu persatu utk agama Allah'.

Semoga kita semua jadikan diri kita, seluruh keluarga kita dan seluruh ummat Dae'i...... InsyaAllah.
[08/07 20:17] Mohd Syakir Lil Baldatain: Nasehat syeikhul Islam ibnu Taimiyah

يَجِبُ عَلَيْهِ أَنْ يَقُومَ مِنْ الدَّعْوَةِ بِمَا يَقْدِرُ عَلَيْهِ إذَا لَمْ يَقُمْ بِهِ غَيْرُهُ فَمَا قَامَ بِهِ غَيْرُهُ سَقَطَ عَنْهُ وَمَا عَجَزَ لَمْ يُطَالَبْ بِهِ . وَأَمَّا مَا لَمْ يَقُمْ بِهِ غَيْرُهُ وَهُوَ قَادِرٌ عَلَيْهِ فَعَلَيْهِ أَنْ يَقُومَ بِهِ
“Setiap orang dari umat ini punya kewajiban untuk menyampaikan dakwah sesuai kemampuannya. Jika sudah ada yang berdakwah, maka gugurlah kewajiban yang lain. Jika tidak mampu berdakwah, maka tidak terkena kewajiban karena kewajiban dilihat dari kemampuan. Jika tidak ada yang berdakwah padahal ada yang mampu, maka ia terkena kewajiban untuk berdakwah”

(Majmu’ Al Fatawa, 15: 166).

PENDERITAAN ORANG YANG RIYAA'.....

Sesungguhnya orang yang riyaa' terus dalam penderitaan...

✅Ia menderita sebelum beramal, hatinya gelisah mencari2  pujian orang lain, gelisah mencari2 kesempatan mahu dipuji.

✅ Dia juga menderita tatkala sedang beramal..., karena dia harus beramal dengan sebaik-baiknya dan seindah-indahnya karena Ia ingin dipuji. Jika dia merasakan amalannya/solatnya /ceramahnya kurang baik maka dia menderita karena dia sedar bahwa pujian yg dia harapkan tidak akan pernah terwujud.


✅ Dia juga menderita setelah beramal, karena hatinya gelisah menanti-nanti bila pujian dan sanjungan tersebut datang...!!


✅Jika dia telah dipuji... terkadang masih menderita dengan kekecewaan, karena pujian yang dia raih tidak seperti yang dia harapkan... tidak sebanding pengorbanan dan persiapan amalan yang telah dia lakukan.

✅ Kalaulah dia dipuji dengan pujian yang dia harapkan maka dia hanya bahagia sementara, setelah itu hatinya  akan gelisah lagi menanti-nanti bila datang pujian berikutnya.

PERJUMPAAN KEDUA UIB TERENGGANU

Alhamdulillah3x UIB GANU telah pun berjaya mengadakan usrah kali ke-2 di Pantai Mok Nik, Kemaman pada 05 April 2014. :) 

Alhamdulillah seinfiniti kesyukuran dipanjatkan pada Rabb kerana segala urusan hari ini berjalan lancar.. InsyaAllah bertemu dan berpisah kerana Allah... ♥

InsyaAllah untuk usrah2 seterusnya akan diberitahu nanti..

P/s : Kepada yang masih belum join usrah whatssapp ganu, jangan malu2 dan jangan segan2 utk pm admin k..." kecil tapak tangan, nyiru admin tadahkan" :-D

Tempat : Pantai Mok Nik, Kemaman
Tarikh : 5 April 2014


















PERJUMPAAN PERTAMA UIB TERENGGANU

Alhamdulillah pada 27 mac 2014 yang lalu, UIB TERENGGANU telah mengadakan pertemuan pertama di dataran shah bandar, kuala terengganu.

Pertemuan ini bermula pada pukul 6.00 petang iaitu sesi taaruf bersama ahli UIB GANU.. Seterusnya sedikit jamuan ringan dan sesi fotografi.

Pada sebelah malam, acara "Malam Cinta Rasul" diketuai oleh 3 orang habib dari Yaman dan qasidah drpd anak2 warisan kasih dan juga shautul muhibbin. Sebelum itu, acara malam jga diserikan dengan persembahan yang menghiburkan daripada adk2 tadika permata Batu Buruk.

Alhamdulillah acara tamat hampir pukul 12 malam dan berjalan lancar.

InsyaAllah pertemuan kedua akan diadakan pada awal bulan April. Sesiapa yang berminat boleh inform ana. (+6013-5909968)


Tempat : Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu
Masa : 6.00 petang
Aktiviti : Malam Cinta Rasul







































PERJUMPAAN PERTAMA UIB PERAK

Tempat : Komplek Tarbiyah Raudhatul Jannah
Hadir : 18 orang
Tarikh : 14 Januari 2014


Alhamdulillah wa syukurillah 

Indahnya Berpurdah Negeri Perak telah mengadakan usrah serta menghadiri majlis cinta Rasul siang tadi 

Kami menghadiri Majlis Cinta Rasul di Kompleks Tarbiyyah Raudhatul Jannah, Ipoh. Alhamdulillah moga bertambah cinta pada Rasul 

Kemudian kami mengadakah usrah sebentar di Surau 
Saling bertaaruf dengan bakal bidadari2 syurga insyaAllah 
Diteruskan dengan berkongsi pengalaman2 dulu 
Allahu..indahnya persahabatan kerana Allah
Cerita dr hati ke hati,mengenang kisah2 dulu utk pengajaran bersama,mengalir deras air mata semua ketika masing2 berkongsi kisah silam 

Allah menyayangi semua hambaNYA
Bersyukurlah di saat Allah jentikkan hidayah padaMU
Jangan lengah-lengah nak buat benda baik,teruskan 

Terima kasih pada semua ahli-ahli usrah yang menghadiri program siang tadi 

InsyaAllah usrah akan dilakukan di masa akan datang

#muslimat2 yang menetap di PERAK dan mahu join, sila wassap +60175029343 








MALAM CINTA RASUL UIB PERAK

Assalamualaikum.. :)

Baru-baru ini, Usrah Indahnya Berpurdah Perak telah mengadakan satu rombongan ke Putrajaya sempena Malam Cinta Rasul.. 

Ahli rombongan berada dalam bas, dalam perjalanan ke majlis selawat perdana.. Majlis tamat pada jam 11.30 malam.. Kami bertolak pulang ke Ipoh dan sampai jam 3.30 pagi, kemudian berehat dan berjemaah solat subuh di masjid negeri.

Ahli rombongan diberi sarapan kemudian bersurai.

Ribuan manusia hadir ke dataran masjid putra, dengan satu matlamat, mengagung-agungkan Allah dan memuji Rasulullah..
























PERJUMPAAN KEDUA UIB PAHANG

Alhamdulillah.. Selesai sudah pertemuan kedua kami semalam (27/3/2014).. Kami adakan sesi bonding-meeting sebelum Maghrib dan kemudian mengikuti ceramah daripada Ustaz Azhar Idrus pada malamnya. Buat sahabat-sahabat di Pahang, teruskan mengikuti perkembangan kami di page Usrah InDaHnYa berPurdah (PAHANG). =)


Tempat : Masjid Tengku Ampuan Afzan Indera Mahkota
Tarikh : 27/3/2014
Masa : 5.00 - 10.00 p.m
Jumlah Kehadiran : 20 orang


Aktiviti :

  1. Memulakan dengan sesi taaruf sesama ahli
  2. Memulakan usrah dengan tajuk istiqamah yang diketuai oleh admin Fadz
  3. Memberikan sedikit sagu hati kepada ahli usrah.
  4. Mengerjakan solat maghrib secara berjemaah.
  5. Makan bersama sementara menanti ceramah Ustaz Azhar Idrus.









Disediakan oleh,

Setiausaha UIB Pahang

PERJUMPAAN PERTAMA UIB PAHANG

Alhamdulillah.. Pertemuan pertama UIB Pahang berjalan lancar.Bertemakan "Perkelahan", serba sedikit perkongsian telah kami lakukan meskipun tak ramai yang dapat hadir di saat-saat akhir, insyaAllah pada pertemuan-pertemuan yang akan datang, akan diadakan dengan lebih meriah. Eratkan ukhwah bersama wanita-wanita solehah!


Tempat : Taman Tasik Bandar
Tarikh : 23/2/2014
Masa : 3.30- 6.00 p.m
Jumlah Kehadiran : 6 orang


Aktiviti : 


  1. Mengadakan sesi taaruf sesama ahli
  2. Memulakan usrah yang diketuai oleh Admin Fazd
  3. Melantik setiausaha dan bendahari
  4. Memberikan sedikit sagu hati kepada ahli usrah.
  5. Ahli-ahli berkongsi makanan dan masalah yang berlaku untuk mendapatkan pandangan sesama ahli.






















Disediakan oleh :

Setiausaha UIB Pahang