PERJUMPAAN KEDUA UIB TERENGGANU

Alhamdulillah3x UIB GANU telah pun berjaya mengadakan usrah kali ke-2 di Pantai Mok Nik, Kemaman pada 05 April 2014. :) 

Alhamdulillah seinfiniti kesyukuran dipanjatkan pada Rabb kerana segala urusan hari ini berjalan lancar.. InsyaAllah bertemu dan berpisah kerana Allah... ♥

InsyaAllah untuk usrah2 seterusnya akan diberitahu nanti..

P/s : Kepada yang masih belum join usrah whatssapp ganu, jangan malu2 dan jangan segan2 utk pm admin k..." kecil tapak tangan, nyiru admin tadahkan" :-D

Tempat : Pantai Mok Nik, Kemaman
Tarikh : 5 April 2014


















PERJUMPAAN PERTAMA UIB TERENGGANU

Alhamdulillah pada 27 mac 2014 yang lalu, UIB TERENGGANU telah mengadakan pertemuan pertama di dataran shah bandar, kuala terengganu.

Pertemuan ini bermula pada pukul 6.00 petang iaitu sesi taaruf bersama ahli UIB GANU.. Seterusnya sedikit jamuan ringan dan sesi fotografi.

Pada sebelah malam, acara "Malam Cinta Rasul" diketuai oleh 3 orang habib dari Yaman dan qasidah drpd anak2 warisan kasih dan juga shautul muhibbin. Sebelum itu, acara malam jga diserikan dengan persembahan yang menghiburkan daripada adk2 tadika permata Batu Buruk.

Alhamdulillah acara tamat hampir pukul 12 malam dan berjalan lancar.

InsyaAllah pertemuan kedua akan diadakan pada awal bulan April. Sesiapa yang berminat boleh inform ana. (+6013-5909968)


Tempat : Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu
Masa : 6.00 petang
Aktiviti : Malam Cinta Rasul







































PERJUMPAAN PERTAMA UIB PERAK

Tempat : Komplek Tarbiyah Raudhatul Jannah
Hadir : 18 orang
Tarikh : 14 Januari 2014


Alhamdulillah wa syukurillah 

Indahnya Berpurdah Negeri Perak telah mengadakan usrah serta menghadiri majlis cinta Rasul siang tadi 

Kami menghadiri Majlis Cinta Rasul di Kompleks Tarbiyyah Raudhatul Jannah, Ipoh. Alhamdulillah moga bertambah cinta pada Rasul 

Kemudian kami mengadakah usrah sebentar di Surau 
Saling bertaaruf dengan bakal bidadari2 syurga insyaAllah 
Diteruskan dengan berkongsi pengalaman2 dulu 
Allahu..indahnya persahabatan kerana Allah
Cerita dr hati ke hati,mengenang kisah2 dulu utk pengajaran bersama,mengalir deras air mata semua ketika masing2 berkongsi kisah silam 

Allah menyayangi semua hambaNYA
Bersyukurlah di saat Allah jentikkan hidayah padaMU
Jangan lengah-lengah nak buat benda baik,teruskan 

Terima kasih pada semua ahli-ahli usrah yang menghadiri program siang tadi 

InsyaAllah usrah akan dilakukan di masa akan datang

#muslimat2 yang menetap di PERAK dan mahu join, sila wassap +60175029343 








MALAM CINTA RASUL UIB PERAK

Assalamualaikum.. :)

Baru-baru ini, Usrah Indahnya Berpurdah Perak telah mengadakan satu rombongan ke Putrajaya sempena Malam Cinta Rasul.. 

Ahli rombongan berada dalam bas, dalam perjalanan ke majlis selawat perdana.. Majlis tamat pada jam 11.30 malam.. Kami bertolak pulang ke Ipoh dan sampai jam 3.30 pagi, kemudian berehat dan berjemaah solat subuh di masjid negeri.

Ahli rombongan diberi sarapan kemudian bersurai.

Ribuan manusia hadir ke dataran masjid putra, dengan satu matlamat, mengagung-agungkan Allah dan memuji Rasulullah..
























PERJUMPAAN KEDUA UIB PAHANG

Alhamdulillah.. Selesai sudah pertemuan kedua kami semalam (27/3/2014).. Kami adakan sesi bonding-meeting sebelum Maghrib dan kemudian mengikuti ceramah daripada Ustaz Azhar Idrus pada malamnya. Buat sahabat-sahabat di Pahang, teruskan mengikuti perkembangan kami di page Usrah InDaHnYa berPurdah (PAHANG). =)


Tempat : Masjid Tengku Ampuan Afzan Indera Mahkota
Tarikh : 27/3/2014
Masa : 5.00 - 10.00 p.m
Jumlah Kehadiran : 20 orang


Aktiviti :

  1. Memulakan dengan sesi taaruf sesama ahli
  2. Memulakan usrah dengan tajuk istiqamah yang diketuai oleh admin Fadz
  3. Memberikan sedikit sagu hati kepada ahli usrah.
  4. Mengerjakan solat maghrib secara berjemaah.
  5. Makan bersama sementara menanti ceramah Ustaz Azhar Idrus.









Disediakan oleh,

Setiausaha UIB Pahang

PERJUMPAAN PERTAMA UIB PAHANG

Alhamdulillah.. Pertemuan pertama UIB Pahang berjalan lancar.Bertemakan "Perkelahan", serba sedikit perkongsian telah kami lakukan meskipun tak ramai yang dapat hadir di saat-saat akhir, insyaAllah pada pertemuan-pertemuan yang akan datang, akan diadakan dengan lebih meriah. Eratkan ukhwah bersama wanita-wanita solehah!


Tempat : Taman Tasik Bandar
Tarikh : 23/2/2014
Masa : 3.30- 6.00 p.m
Jumlah Kehadiran : 6 orang


Aktiviti : 


  1. Mengadakan sesi taaruf sesama ahli
  2. Memulakan usrah yang diketuai oleh Admin Fazd
  3. Melantik setiausaha dan bendahari
  4. Memberikan sedikit sagu hati kepada ahli usrah.
  5. Ahli-ahli berkongsi makanan dan masalah yang berlaku untuk mendapatkan pandangan sesama ahli.






















Disediakan oleh :

Setiausaha UIB Pahang